Want your
own Fotopage?








 
felda's FotoPage

By: felda news

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-Nov-2011 14:09 Email | Share | Bookmark
Felda sediakan 2 langkah utk sediakan rumah generasi ke-2 Felda

Felda sediakan dua langkah untuk sediakan rumah generasi kedua Felda

Felda menjalankan dua langkah dalam menyediakan rumah kepada generasi kedua di kawasan tanah rancangan Felda bagi memastikan mereka kekal di tanah rancangan itu.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata bagi dasar pertama mana-mana tanah kosong dalam Felda boleh dipohon oleh sesiapa sahaja daripada kalangan generasi kedua melalui Pejabat Tanah, dan Pejabat Tanah yang akan memproses permohonan yang telah diluluskan oleh kerajaan.



"Selepas mereka memiliki tanah dan mahu mendirikan rumah di atas tanah tersebut, maka Felda akan membantu menyediakan infrastruktur seperti jalan dan sistem perparitan di kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Semarak Rukun Negara Jom Ke Felda 2011 di Felda Lubuk Merbau dekat Sik Rabu,23 November.

Beliau berkata untuk dasar yang kedua, pihak Felda sendiri akan membuat projek perumahan di setiap wilayah yang akan mengandungi antara 200 hingga 400 unit rumah.

"Sebagai permulaan, kita dah buka tender di beberapa wilayah dan kita akan lihat bagaimana responnya. Tapi menjadi hasrat Felda untuk wujudkan perumahan seperti itu dengan lebih banyak lagi," katanya.

Mohd Isa berkata sekarang ini Felda sedang menguatkan bahagian pentadbiran yang akan menguruskan projek perumahan tersebut supaya mereka mempunyai kemampuan mengurus dan melaksanakan projek dengan baik sebelum Felda membuat lebih banyak projek perumahan.

Katanya projek perumahan yang kini dibuat di 11 wilayah Felda itu dilihat tidak mencukupi kerana ramai generasi Felda mahu terus kekal di tanah rancangan.

"Kita berasa gembira kerana ia sesuatu yang baik untuk perladangan pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Mohd Isa berkata Bandar Tun Abdul Razak yang telah diubah nama daripada Bandar Pusat Jengka sejak Julai lepas perlu dibangunkan kerana ia paling banyak tanah rancangan selain mempunyai ramai peneroka Felda.

Katanya antara usaha itu adalah menaiktaraf stadium mini di bandar itu dan membina sebuah hotel yang mempunyai kira-kira 100 bilik bagi memudahkan pelawat yang datang ke bandar tersebut menginap di hotel itu.

"Di samping itu, Felda turut menaik taraf terminal bas dan juga beberapa kemudahan yang ada di bandar tersebut," katanya.-23/11/2011


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net