Want your
own Fotopage?








 
felda's FotoPage

By: felda news

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 31-Jul-2011 00:28 Email | Share | Bookmark
Buffet Ramadhan FELDA D'saji berbaloi!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Gambar oleh Minaq Jinggo

Lokasi: Dewan Perdana FELDA,
Jalan Semarak, Kuala Lumpur

29 Julai 2011

KENYATAAN AKHBAR: FDSB / 04 / 2011 TARIKH: 28 JULAI 2011

FELDA D’SAJI TAWAR 6 LOKASI BERBUKA PUASA

Majlis Pelancaran Bufet Ramadan Felda D’Saji 2011 berlangsung pada 28 Julai 2011 di Dewan Perdana Felda bertujuan melancarkan jualan Bufet Ramadan Felda D’Saji secara serentak untuk 6 buah lokasi di Lembah Kelang dan di Kuala Terengganu, Terengganu.

Majlis ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan turut dihadiri oleh Y. Bhg. Dato’ Dzulkifli Abd. Wahab, Pengarah Besar Felda, Y. Bhg. Dato Sabri Ahmad, Presiden Kumpulan Felda Global Ventures, Pengurusan Kanan Felda serta tetamu-tetamu kehormat dari sektor kerajaan dan korporat yang selama ini menyokong perniagaan Felda D’Saji.

Felda D’Saji adalah salah sebuah syarikat katering dan hospitaliti yang makin berkembang pesat, yang bermula secara sederhana sebagai sebuah unit di bawah Felda Trading Sdn. Bhd. Dalam masa yang singkat, iaitu sejak diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad pada tahun 2004, sehingga tahun lepas, Felda D’Saji telah berjaya memperolehi perolehan sebanyak RM44 juta dan sehingga kini mempunyai sebanyak 400 kakitangan dengan lebih 50% daripada kakitangan adalah anak-anak FELDA.

Sebahagian kakitangan D’Saji ini termasuk anak-anak FELDA pada masa ini, berkhidmat di perantauan di Tanah Suci Makkah iaitu di Al-Safwa Tower dan Hotel Dar Ummu Hane dan tidak akan pulang beraya demi memberikan khidmat terbaik kepada Jemaah-jemaah dari seluruh dunia dan mempromosikan bukan sahaja nama Malaysia, tetapi FELDA secara amnya.

Pada tahun ini, Felda D’Saji menawarkan 6 buah lokasi Bufet Ramadan iaitu terbanyak ditawarkan kepada para pelanggan semenjak penubuhannya setakat bagi para penggemar masakan tradisional melayu dan masakan Yemen iaitu bertempat di:

1. Dewan Perdana Felda – Kuala Lumpur / Harga Jualan RM52.00 seorang
2. Felda Villa – Kuala Lumpur / Harga Jualan RM58.00 seorang
3. Dewan Merak Kayangan – Kuala Lumpur / Harga Jualan RM55.00 seorang
4. Dewan Gemilang Yayasan Felda – Kelana Jaya / Harga Jualan RM45.00 seorang
5. Menara Kuala Lumpur – Kuala Lumpur / Harga Jualan RM90 ++
6. Felda Residence Kuala Terengganu – Terengganu / Harga Jualan RM45.00 seorang

Tema menu Bufet Ramadan Felda D’Saji di Dewan Perdana Felda, Felda Villa, Dewan Merak Kayangan, Dewan Gemilang Yayasan Felda serta Menara Kuala Lumpur pada tahun ini adalah ‘Kampungku’ dengan membawakan resipi asli masakan kampung dan tradisional seperti nasi beriani, nasi bukhari, Rendang Tok, Rendang Pedas Negeri, Dendeng Daging, Botok-Botok serta ulam-ulaman seperti masak lemak labu, sayur goreng jawa, kerabu jantung pisang dan pelbagai jenis lagi lauk pauk dan ulam-ulaman. Turut dihiasi dalam menu adalah masakan dari Yemen seperti nasi kabsha dan nasi mendy, masakan barat seperti kambing panggang dan sup jagung manis dan lain-lain masakan kaum Cina, India dan Malbari.

Tema bagi Felda Residence Kuala Terengganu pada tahun ini adalah Masakan Timur Tengah di mana pelbagai masakan Timur Tengah akan diketengahkan istimewa untuk penduduk Pantai Timur.

Felda D’Saji menawarkan diskaun 10% kepada para pelanggan dari 1 – 4 Ogos 2011 di semua lokasi manakala istimewa kepada para pelanggan yang menggunakan kad kredit / kad debit Bank Simpanan Nasional, diskaun 20% ditawarkan dari 1 – 4 Ogos 2011 dan diskaun 10% ditawarkan bermula 5 Ogos 2011 sehingga 27 Ogos 2011 di semua lokasi perniagaan D’Saji.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
Dewan Perdana Felda & Pakej Korporat – 03 – 2698 8302
Felda Villa Kuala Lumpur – 03 – 2692 5397
Felda Residence Kuala Terengganu – 03 – 632 1111

Atau layari Laman Web Felda D’Saji di www.feldadsaji.com.my atau Facebook kami di www.facebook.com/feldadsaji



























View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net