Want your
own Fotopage?






 
felda's FotoPage

By: felda news

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-Mar-2011 16:04 Email | Share | Bookmark
FELDA English Language Center (FELC) - Yayasan FELDA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pelajar Kolej Tunku Kursiah, Noor Afiqah Abdul Wahab muncul sebagai pelajar terbaik Kursus Intensif Bahasa Inggeris yang berlangsung di Pusat bahasa Inggeris Felda (FELC), Kelana Jaya selama 12 minggu sejak Disember tahun lalu.


Kursus berkenaan yang dianjurkan oleh Yayasan Felda disertai 150 pelajar yang terdiri daripada anak peneroka atau kakitangan Felda di seluruh negara. Pelajar-pelajar berkenaan adalah lepasan SPM tahun lalu.


Mereka menerima sijil daripada Pengerusi Yayasan Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor pada satu majlis ringkas di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur, Isnin. Dalam ucapannya, Yusof menekankan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris kepada pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


Beliau juga mencadangkan supaya Institut Teknologi Utama Felda yang terletak di Kelana Jaya supaya menganjurkan kursus-kursus lain seperti Bahasa Mandarin dan muzik bagi menarik minat lebih ramai pelajar menyertainya.


Sejak penubuhannya pada 1998, Yayasan Felda telah mengeluarkan dana sebanyak RM119.6 juta untuk melaksanakan projek dan bantuan untuk golongan yang memerlukan, terutama dalam bidang pendidikan dan kesihatan.


Menerusi bidang pendidikan, Yayasan Felda menghulurkan bantuan kewangan kepada pelajar IPTA dan membiayai program meningkatkan prestasi akademik murid sekolah sementara dalam kesihatan, ia mengeluarkan dana untuk pengendalian pusat hemodialisis di Anjung Felda, bencana alam, peralatan perubatan dan subangan kepada pesakit kronik serta warga emas.


Turut hadir pada majlis berkenaan ialah ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Felda, Tan Sri Dato’ Dr Nayan Ariffin, Dato Dr Ismail Saad dan Abdul Hamid Abdullah.































nak ambil khusus bi Sun 12-Feb-2012 14:52
Posted by:NUR HANIM SHAHIRAH BT HALIM
mcm mne nk msok kursus bi ek,,,nk isi borang kat mne ???? please help me...... sy bukan dari felda boleh join ke????? Mon 27-Feb-2012 11:10
Posted by:suhaila


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

widgets01.bt.pidgintech.com